nuffnang

Thursday 18 August 2011

boleh aku??







Pendidik awal pendidikan kanak-kanak dan pengasuh di negara ini perlu mempunyai kelayakan yang lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran sedang dalam proses mengubal mekanisme dan syarat bagi membolehkan para pendidik dan pengasuh mencapai kelayakan yang lebih tinggi dalam masa terdekat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini perlu kerana walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai latihan untuk mempertingkatkan prestasi kemahiran para pengajar dan pengasuh, ia masih tidak mencukupi untuk menghasilkan pendidik awal kanak-kanak bertaraf dunia.

"Semakin berilmu seseorang pendidik, semakin tinggi kemahiran mereka, dan semakin berkesanlah fungsi mereka sebagai pendidik dalam tahun-tahun formatif dan kritikal untuk perkembangan kanak-kanak,” katanya ketika melancarkan Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Mengambil contoh Rusia, Muhyiddin berkata negara itu telah lama memberi pengiktirafan kepada pendidikan awal kanak-kanak dan tenaga pengajarnya memiliki Ijazah Doktor Falsafah atau sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana. 

- Bernama







kecut perut aku baca berita nie..
benda kawan aku post dalam fb
gilak ahh
boleh ke aku jadi mcm diorang nak??
boleh ke aku didik bakal peneraju Negara 
dengan baik??
aku harap boleh..
aku kene sahut cabaran Tan Sri Muhyiddin..
aku akan bukti kat orang yang selalu merendahkan
martabat aku dan kawan-kawan 
yang ambil course PENDIDIKAN PRASEKOLAH..
amik kaw...
kutuk sgt kan..
see
besar martabat seorang guru..
jangan pandang rendah dengan orang lain
if korang tak nak di malukan.
Preschool best gak..
tapi aku tak sure nak continue 
degree..aku ingat nak amik Psikologi..
hehehe..
bunyi mcm mencabar..
well yang penting habiskan dulu diploma aku..
then baru decided..

**tapi ase mcm 
da jatuh cinta dengan 
Prasekolah..
tak suka sgt budak2 tapi boleh
atasikan..
everything based on us..
^_^

2 comments:

Post a Comment

nuffnang